Wednesday 23 November 2016

Balasan.

السلام عليكم ورحمة الله...
Renungan malam ini : *Balasan Orang Mukmin Di Dunia & Akhirat*

حَدَّثَنَا عَاصِمُ بْنُ النَّضْرِ التَّيْمِيُّ حَدَّثَنَا مُعْتَمِرٌ قَالَ سَمِعْتُ أَبِي حَدَّثَنَا قَتَادَةُ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّهُ حَدَّثَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْكَافِرَ إِذَا عَمِلَ حَسَنَةً أُطْعِمَ بِهَا طُعْمَةً مِنْ الدُّنْيَا وَأَمَّا الْمُؤْمِنُ فَإِنَّ اللَّهَ يَدَّخِرُ لَهُ حَسَنَاتِهِ فِي الْآخِرَةِ وَيُعْقِبُهُ رِزْقًا فِي الدُّنْيَا عَلَى طَاعَتِهِ
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الرُّزِّيُّ أَخْبَرَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ بْنُ عَطَاءٍ عَنْ سَعِيدٍ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَعْنَى حَدِيثِهِمَا.
Maksud hadith :-
Telah menceritakan kepada kami Ashim bin An Nadhr At Taimi telah menceritakan kepada kami Mu'tamir berkata: Aku mendengar ayahku telah menceritakan kepada kami Qatadah *daripada Anas bin Malik dia menceritakan daripada Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa Salam, bila orang kafir mengerjakan suatu kebaikan, dengan kebaikan itu dia diberi sesuap makanan daripada dunia, sedangkan orang mumin itu kebaikan-kebaikannya disimpan oleh Allah di akhirat dan dia diberi rezeki di dunia kerana ketaatannya.*
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abdullah Ar Ruzzi telah mengkhabarkan kepada kami Abdul wahhab bin Atho daripada Sa'id daripada Qatadah daripada Anas daripada Nabi Sollallahu 'alaihi wa Salam dengan makna hadith mereka berdua. (Hadith riwayat Muslim : 5023)

No comments:

Post a Comment